Selasa, 24 Ogos 2010

KALUT-KALUT!!^_^

Assalamualaikum,salam sejahtera untuk teman-teman seperjuangan tak kira lah di mana kalian berada dan apa sahaja yang kalian lakukan,asalkan benda yang kita lakukan itu mendapat keredhaan ILAHI, kerana kita hidup tak lain tak bukan, hanya lah untuk mendapat keredhaanNYA.. semoga apa yang kita impikan itu menjadi kenyataan..AMIN..

Memandangkan sudah lama kita tidak bersua di ruangan ini, ana ingin menceritakan tentang satu hari yang mana hari itu adalah hari yang memang takkan ana boleh lupakan..apakah hari itu???^_^ HARI IMTIHAN NIHAYAH MUSTAWA 4!!=0..huhu..hari ini lah hari yang paling kalut,dan paling menyerabutkan otak..subhanaallah...bayangkanlah,hari sebelum imtihan,ana tertidur awal, 'study' sikit2 sahaja lah..bila buka mata je, tengok-tengok dah pagi..MENAKUTKAN..rasa macam tak mahu pergi ambil exam pon ada, tetapi dah sebab teringat,takut2 kena marah sebab ponteng kelas, ana gagahkan kaki melangkah menuju ke kelas..

Berjalan kaki mengambil masa 15 minit dari rumah, bila dah sampai di markaz, tangan pula tak 'berfungsi'..ana ni memang kalau buat kerja 'kalut2',memang tangan automatic,tak boleh berfungsi,otak ni pon tak 'berjalan'..fiuh..tiba-tiba!!"ASSALAMUALAIKUM..kaifa halukunna ya banat?? yaallah,sanabda-u imtihan annihayah li mustawar rabia'(4)al-aann.."ALAMAK!TIDAK..!!!

Bismillahirrahmanirrahim...................

-"soalan apa ni??"
-"kenapa cikgu tanya soalan i'rab ni?"
-"cikgu,saya 'hantam' boleh tak?"
-"fiuh..nasib baik ada benda dalam otak utk ditulis..jangan tinggal jawapan kosong cukuplah.."
-"CIKGU,saya dah habis dah jawab!!"(excited sangat selepas bagi kertas imtihan pada ustazah..fiuh..alhamdulillah..)


KHALASTU!!!

Alhamdulillah ..ustazah kata hari Sabtu ni masuk mustawa 5!!alhamdulillah!!baru hantar paper,dah dapat masuk mustawa 5,alhamdulillah..

terima kasih ustazah..ustazah semak kertas imtihan ana elok2 yer..maaf la kalau ana ada buat kesalahan..(memang pon..sebenarnya,ana dah semak sendiri,ada yang salah dah)huhu.."ma'ziratan ya ustazah"(terima tak maaf saya ustazah??erk..hihihi)

Doakan ye untuk ana, kawan2..sama-sama lah kita berdoa untuk kebaikan dan kejayaan kita bersama..semoga kita dapat mengunggulkan lagi persada seni di tanah air kita mahupun di serata dunia!!


=)!!CHAIYOK2 MY FRIENDS!!=)
^_^


P/S:semoga dapat apa yang kita inginkan dengan keredhaanMU..amin..=)

Sabtu, 7 Ogos 2010

cUtIkU dI mArKaS niL(kelas bahasa arab)

27/7/2010, tarikh yang amat menakutkan dan ditunggu-tunggu selama ini..inilah kali pertama ana mengambil exam setelah sekian lama ana meninggalkan alat-alat tulis dan buku-buku..^_^


JOM KITA PERGI AMBIL EXAM..!

Ana pergi mengambil exam(tahdid mustawa) di markas lughah yang dinamakan sebagai "markaz an-nil"ditemani dengan dua puteri, Amirah Aliah & Amirah Effah, yang di import kan dari negeri Johor Darul Takzim.. Mereka berdua adalah puteri anak pegawai Johor, Ustaz Hanif, seorang yang periang dan menghiburkan..


Ketika sedang asyik 'memerah otak', memikirkan jawapan pada soalan2 yang diberi, tiba-tiba datang seorang guru yang ana gelarkan ustazah Syaimak, ustazah yang dikenali dengan garangnya itu masuk ke dalam bilik exam bersama rakan-rakannya.. apalagi yang mereka lakukan selain bersembang, kemudian gelak, kemudian sembang2 dan terus gelak..huuuhh..subhanaallah..sabar sahaja lah ana waktu itu,sudah la ana tengah buat soalan 'i'rab hazal jumal'.. pikir punya pikir, alhamdulillah, akhirnya dapat juga ana habiskan soalan2nya sampai mustawas sabii'.


Kemudian ana,Aliah dan Effah terus menghantarkan soalan2 itu, tak sabar nak tahu apa keputusannya.. Kebetulan ketika itu, hanya ustazah Syaimak dan seorang kerani markaz, jadi kertas kami bertiga diperiksa oleh ustazah Syaimak itu.. kertas pertama yang diperiksanya adalah kertas Effah.. baru sahaja selak-menyelak kertas dy,sudah geleng2kan kepala,belum diperiksa dengan teliti lagi..Effah yang tak faham apa yang dimaksudkan hanya berdiam bagaikan tunggul..^_^.. Selepas itu,dia bertanya kepada kami semua,dahulunya tawaqquf (berhenti) pada mustwa berapa,kemudian Aliah mengatakan bahawa mereka dua beradik dahulunya tawaqquf di mustawa sadiis dan ana tawaqquf di mustawal khamiis.. Dipendekkan cerita, ustazah Syaimak pon memberi kami semua berada di dalam satu kelas iaitu mustawar rabii' (kelas yang ke 4).


Semua kawan-kawan dalam kelas itu amat ramah dan menghiburkan.. Terdiri dari 6 orang dari Malaysia, seorang dari Indonesia, 4 orang dari Thailand, dan tak lupa juga pada 2 orang kawan ana yg sudah pun mendirikan rumahtangga, kak Ardhatul dari Qaziqistan, dan kak Nazirah dari Turjikistan..

Agak lama juga ana tidak merasakan suasana dalam kelas..tetapi bila berada dalam kelas itu bersama kawan2,terasa bagaikan wujudnya satu semangat yang membara-bara di jiwa ini..^_^
satu bulan satu mustawa,itu bermakna,setiap 2 minggu pasti ada nisfu imtihan..


Ana dan kawan2 yang lain baru sahaja mengambil nisfu imtihan baru-baru ini.. Alhamdulillah, soalan-soalannya tidak lah susah, semuanya terkandung dalam buku teks.. kena ingat, usaha, buat yang terbaik dalam imtihan dan percaya pada diri & takdir.. Insyaallah,ALLAH akan tolong setiap hambanya yang selalu mengingatiNYA tak kira ketika susah ataupun senang.. Semoga ana dan kawan-kawan dapat keputusan yang MEMBERANSANGKAN..!hihihi^_^.. Insyaallah, Biiznillah...

Bittaufiq wan najah ya kawan-kawanku tak kira lah dalam apa sahaja yang kalian lakukan.. Dan ingat,setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Jika kita dapat hasil yang baik dari apa yang kita lakukan, just said ALHAMDULILLAH..tetapi jika dapat hasil yang tidak kita inginkan,sememangnya ALLAH ingin memberi lebih baik dari apa yang kita harapkan..just believe to HIM, & tawakkaltu 'ala allah..ingat,LA TAHZAN YA UKHTI,INNA ALLAHA MAA'NA..^_^


Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih memberi peluang untuk ana dan rakan2 dalam mencari ilmu tanpa mengira letih dan jemu.. Semoga ALLAH memanjangkan umur kita di dunia yang fana ini untuk terus dan terus mencari ILMU DUNIAWI mahupun AKHIRAT..Amin..

p/s:"اطلب العلم من المهد إلى اللحد"