Jumaat, 25 Jun 2010

Nostalgia bersama kawan-kawan ku..









BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sentiasa setia mengikuti blog ana ... Semoga kalian semua di bawah kredhaan-NYA. Rindu di hati ini telah ber'takung' setelah sekian lama kita tidak bersua di ruangan ini...sibuk dengan imtihan quarter 4,menyebabkan ana tidak sempat untuk bersua dengan antum semua.

Detik bersama kawan-kawan arab di sekolah merupakan satu KENANGAN yang sangat indah yang tak kan ana lupakan..Mereka memberi peluang untuk ana mengenali satu pengalaman pabila bersama mereka..Bergaduh,bergembira dan gelak tawa mereka masih terngiang-ngiang di telinga ana..jauh sekali kalau ingin dibandingkan 'biah' dan sikap mereka dengan rakan-rakan di Malaysia..Sesungguhnya pengalaman itu benar-benar menyedarkan ana bahawa ALLAH Subhanahu wa Taa'la menciptakan pelbagai jenis manusia di alam yang penuh rahamt dan barakah ini..

SALAHALDIN INTERNATIONAL SCHOOL,sekolah pertama yang memang memberi kelainan pada diri ana dari segi suasana mahupun cara pembelajarannya.. Guru-guru yang mempunyai kredibiliti untuk mencorak anak-anak bangsa yang semakin lalai dengan tanggungjawab mereka untuk menjadi rakyat yang berguna pada negara,rakan-rakan yang tidak pernah kenal erti jemu untuk lebih menggali ilmu-ilmu yang masih tersembunyi di dunia yang terkenal dengan ulama2 yang semestinya kaya dengan ilmunya..




Biarpun diri ini tidak pergi ke sekolah lagi, tidak bererti ana 'meninggalnya'.,tidak bererti juga membiarkan segala ilmu terbang begitu sahaja, dan tidak bererti ana melupakan guru2 dan rakan2 semua..Bayangan sekolah tetap menjadi permainan di minda ..Tidak ada masa yang lebih bagus dari berada di sekolah bersama rakan2 mengutip ilmu bersama,mencorak hidup untuk lebih sempurna..Semoga masa akan mempertemukan kita semula..AMIN..

Ahad, 6 Jun 2010

Wahai Kakak-kakak Kesayanganku~~!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca yang ana hormati..Semoga kita dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.. Masa terus berlalu,sedar tak sedar,ana sudah lama berada di bumi anbiyaa ini..Alhamdulillah,segala perkara yang berlaku di sini seperti telah teratur buat ana.. Sesungguhnya setiap perkara pasti ada hikmahnya,hikmah yang amat mendalam dan bermakna..=)

Ana sungguh bertuah kerana berpeluang mengenali mahasiswi2 azhar yang tidak pernah 'kering' ilmunya di dada mahupun lidah yang sentiasa dibasahi dengan zikrullah...merekalah harapan keluarga,agama,dan negara!!Semoga cita-cita mereka untuk merealisasikan impian semua pihak termakbul dek usaha yang gigih dan linangan air mata seorang muslimah pada tahajjudnya..AMIN..

jasamu akan ku kenang!!bahibbik ya ukhti!!

semoga berjaya ya semua!!

Terima kasih buat 'kakak-kakak' yang tidak mengira masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama ana..hanya doa yang mampu ana berikan agar kalian semua najah dalam imtihan di dunia mahupun di akhirat kelak..
siap ade yang sanggup belikan hadiah untuk
~ana~=D

Wahai 'kakak-kakak'ku..
Akan ku pegang kata-katamu________

Terbang tinggi burung tempua,
Membuat sarang di pohon redup,
Carilah ilmu di mana jua,
Buat pegangan seumur hidup..
******
Dua sahabat saling bertemu,
Hujan turun memakai payung,
Jika kita tidak berilmu,
Umpama sampan tidak berdayung..
*******


Itulah serba sedikit nasihat yang diberikan oleh 'kak2'kesayanganku..

p/s: Bittaufiq wan najah fil imtihan fid dunya wal akhirah.. ya ukhawaati..AMINN..!!

SALAM PERSAUDARAAN DARI ANA-BINTUYUSOFF=)

Bersamamu Adalah Saat Yang Terindah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Entri kali ini, ana tujukan khusus untuk teman-teman ana yang sentiasa bersama di sisi ana tidak kiralah di dalam facebook @ yahoo messenger @ di mana saja kalian berada..semoga rahmat dari Ilahi sentiasa mencurah-curah di dalam kehidupan kalian semua..AMIN...

IKATAN INI TAK KAN TERPUTUS!!INSYAALLAH..


Menunggu dirimu mendampingi diri ini adalah detik yang sangat sukar untuk ana tafsirkan..Sesungguhnya bersamamu adalah saat yang penuh bermakna dan terindah..Semoga ikatan persahabatan antara kita tidak kan putus dek rintangan yang melanda..
persahabatan terjalin di perantauan


JIKA INDAH SATU PERTEMUAN,
JANGAN DIAKHIRI DENGAN PERPISAHAN..

JIKA SUCI SATU PERKENALAN,
JANGAN DICEMARI DENGAN PENDUSTAAN..

JIKA BERNILAI SEBUAH PERSAHABATAN,
HARGAILAH IA DENGAN KEIKHLASAN..

MANISNYA IMAN DALAM
PERSAHABATAN..

TEMANKU..

Salamku untukmu sewangi haruman bunga,
Ku sekadar berhasrat,
Agar kau mengetahui,
Rinduku padamu setinggi awan gemawan..

Syukur padaMu Tuhan..

Syukurku dihadiahkan,
Hadiah iman dan kasih sayang,

JUGA SEORANG INSAN,
YANG BERGELAR TEMAN..


SALAM UKHUUWWAH DARI ANA-BINTUYUSOFF=)

Sabtu, 5 Jun 2010

SALAM BUAT SEMUA..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Alhamdulillahi rabbil a'lamin,selawat dan salam untuk kecintaan kita,Nabi Muhammad s.a.w dan pendukung risalah bawaannya..Alhamdulillah..akhirnya tertunai juga niat ana ingin mencipta satu blog untuk dikongsi bersama.

Ya Allah,Kau ampunkan lah dosa kedua ibubapaku dan kasihilah mereka berdua
seperti mana mereka menyayangiku
ketikaku kecil..AMIN..

Niat di hati ingin berkongsi pengalaman bersama di dalam menempuh liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran..Semoga dengan terciptanya blog ini,ukhuwwah sesama kita semakin rapat dan lebih bermakna..Semoga ia dapat mematangkan lagi diri ana dalam mengenali apa ertinya bernafas di dalam alam yang sarat dengan ujian dan rintangan yang diberikan oleh Tuhan kepada setiap insan..

Hidupku seperti pelangi pabila bersamamu,ADIK-ADIKKU..

Terima kasih buat ayahanda dan ibunda yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada ana agar terus memajukan diri dalam mencapai keredhaan Ilahi. Harapan ana agar kalian dapat memetik mutiara-mutiara ilmu dari blog ini..Semoga ALLAH memberkati dan memberi 'nur' kebahagiaan kepada kita semua..

hidupku akan gelap tanpamu,KELUARGAku

Akhir sekali,ingatlah..kebahagiaan hakiki adalah apabila hidup kita sentiasa di bawah redha Ilahi...Walau siapapun kita,,kebahagiaan yang kekal hanyalah di akhirat kelak..Semoga kita dapat berjumpa, kalau tidak di sini, moga2 di sana...di syurga,..tempat kebahagiaan yang kekal buat selama-lamanya..


SALAM PERJUANGAN DARI ANA-BINTUYUSOFF=)