Rabu, 15 Disember 2010

Bacalah Jika Ingin Mengetahuinya!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..~~

Assalamualaikum semua!!sihat kaa??kali ini,ana nak kongsi cerita-cerita yang 'best!!' dan insyaallah,sama-sama kita mengorek hikmahnyaa..
CERITA PERTAMA
~ALQURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT~

Abu Umamah r.a berkata:"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.AW:"Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu, orang sangat memerlukannya.."

Ia akan datang seindah-indahnya dan ia bertanya,"kenalkah kamu kepadaku?", maka orang yang pernah membaca akan menjawab:"siapakah kamu?", maka berkata Al-Quran:"akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.", kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:"adakah kamu Al-Quran?", lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:'dari manakah kami memperolehi ini semua,padahal amal kami tidak sammpai ini??"lalu dijawab:"kamu diberi ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.."
CERITA KEDUA
~KISAH LIMA PERKARA ANEH~

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yanng menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu ppagi menghala ke barat. engkau dikehendaki berbuat,pertama, apa yang engkau lihat(hadapi), maka makanlah, kedua, engkau sembunyikan, ketiga, engkau terimalah, keempat, jangan engkau putuskan harapan, yang kelima, larilah engkau daripadanya.."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata:"aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi ittu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.dia pun mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH..

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. maka berkatalah Nabi itu,"aku telah melaksanakan periintahmu.", lau dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam..

Ketika dia sedang berjalan,tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,"wahai nabi Allah,tolonglah aku.."mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lallu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. melihat keaadan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata,"wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotonng sedikit isi daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. setelah mendapat daging itu, helang itu pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya..

Selepas kejadian itu, nabi meneruskan perjalanannya. tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi itu ke rumahnya. pada malam itu, Nabi itu pun berdoa. dalam doanya dia berkata,"ya Allah,aku telah pun melaksanakan perintahMU sebagaimana yang diberitahu didalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa,"yang pertama engkau makan itu MARAH. pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapatt mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu..,kedua, semua amal kebaikan(budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.kelima,bau yang busuk itu ialah GHIBAH(MENCERITAKAN HAL SESEORANG). maka larilah dari orang-orang yang sedang berkumpul membuat GHIBAH."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mangata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti, seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. lalu dia bertanya,"wahai Allah,sesungguhnya pahala yang Engkau berikain ini,tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." maka berkata Allah S.W.T,"ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia BENAR..!

=)OK lah..nanti pulaklah ana tulis panjang2 sikit..laptop dah nak terpadam sebab bateri semakin berkurang!!so..sebelum ia berkurang dan terus terpadam..ana minta diri dulu lah yer..insyaallah,bi iznillah,kita jumpa lagi yaa..=)

Ahad, 21 November 2010

secebis peringatan,segunung ingatan buat kita tatapkan..

ASSALAMUALAIKUM...






























Sekian dulu peringatan yg ana titipkan buat kali ini^_^

Semoga kalian terhibur,anyway...

JGN LUPA YER!!

REMEMBER ME IN YOUR PRAY
&
KEEP YOUR CUTE SMILE IN WHATEVER CONDITIONS..
=)


Sabtu, 13 November 2010

sudah kembali bertemu SEMUA..^_^..






BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Salam sayang dihulur buat semua yg masih setia berjuang bersama ana tak kiralah di mana sahaja kalian berada..Semoga hidup kalian sentiasa disinari 'nur' Ilahi dan dilimpahi rahmat serta barakah dri yg Maha Satu..

Keadaan tidak mengizinkan ana utk meng'update' blog ini selalu, jadi memandangkan ana mempunyai sedikit masa terluang sekarang,insyaallah ana akan gunakan masa ini dengan menceritakan serba sedikit tentang hidup ana sekarang..

Sudah bulan berganti bulan, baru hari ini ana menaip 'something' utk kalian semua..Memandangkan Raya Aidilfitri dah lepas dan ana juga sudah TERLEPAS peluang utk mengucapkan 'EID MUBARAK,KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR' , tiba-tiba dah smpai saatnya utk para muslimin muslimat menyambut Raya Haji, jadi dengan tidak 'segan silunya', ana mengucapkan, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI BUAT MUSLIMIN MUSLIMAT, PARA PEJUANG YANG SENTIASA BERLUMBA2 UNTUK MEREBUT CINTA YG KEKAL ABADI', semoga doa kita semua yg tidak putus2 kpdNYA dri dahulu sehingga ke hari ini, dimakbulkan, dek titisan air mata yang kita gugurkan hanya demi DIA yg Esa..

utk pengetahuan sekalian, ana sekarang sudah berada di peringkat yg ke-7 di Markaz Nill..sedar tak sedar,masa semakin berlalu dan waktu utk ana bersama 'usrati' pulang ke TANAH AIR semakin hampir..insyaallah, kalau di izinkan oleh ALLAH, bulan 1 tahun depan, ana sudah boleh berada di Malaysia..Alhamdulillah..semua ini seperti telah diaturkan dengan sempurna utk ana..



Kawan-kawan di Malaysia pon dah berjaya 'bebas' dari cengkaman PMR..skali lagi ana terlambat ucap kpd kalian..^_^..'TAHNIAH YER KWN2!!,sorry lmbt ucap..', hi9..jangan lupa kongsi berita tntg 'result' kalian nnti yer..ana pon bercadang akan sambung belajar di Maahad Mahmud Alor Star nnti, sklh kebanggaan ku dahulu,kini,dan selamanya..>_*

ana pon tak terlepas dgr tntg 'bencana' yg sdh melanda Kedah,negeri kelahiranku..dengar kata,banjir paling teruk di Kedah kali ini..hanya doa yang dpt ana titipkan utk kalian semua yang sentiasa bersabar dengan apa yg telah terjadi..semoga ALLAH memberi seribu kesabaran di hati kalian, kerna setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..ALLAH memberikan ujian demi ujian kpd kita hanya kerna ingin melihat KESABARAN & KETAQWAAN serta KESUNGGUHAN hmbanya memohon KASIH SAYANG-NYA tak kira ketika susah mahupun ketika senang..semoga segalanya berjalan dgn lancar seperti apa yg diimpikan..'YA ALLAH,KAU JAUHKAN LAH KELUARGA AKU,GURU2 AKU,RAKAN2 AKU DAN SEMUA UMMAT ISLAM DARI SEGALA BENCANA DAN PENYAKIT..ENGKAU BERIKANLAH KEKUATAN IMAN DI DLM DIRI INI,KESABARAN DAN KETABAHAN DI DALAM JIWA SERTA KEMANISAN DLM KEHIDUPAN AKU DAN SEMUA UMMATMU YA ALLAH..ISTAJIBILLAH HUMMA DU'AA ANA YA ALLAH,YA RAHMAN,YA RAHIM,YA RABBAL 'ALAMIN..AMIN. .

'wa khitaman'(terbawa-bawa pulak dari markaz ^.....^)the last thing that i wanna said to everyone is, the first thing that we have to think before we wanna do sumthing is ALLAH,and then, please think rasionally and insyaallah, everything will be like what we hope..bi iznillah,insyaallah..so, as usual, i hope you can smile daily in whatever situation and don't forget to pray for me yeah..=)

always miss you and love you eternally-AUFA=)

Selasa, 24 Ogos 2010

KALUT-KALUT!!^_^

Assalamualaikum,salam sejahtera untuk teman-teman seperjuangan tak kira lah di mana kalian berada dan apa sahaja yang kalian lakukan,asalkan benda yang kita lakukan itu mendapat keredhaan ILAHI, kerana kita hidup tak lain tak bukan, hanya lah untuk mendapat keredhaanNYA.. semoga apa yang kita impikan itu menjadi kenyataan..AMIN..

Memandangkan sudah lama kita tidak bersua di ruangan ini, ana ingin menceritakan tentang satu hari yang mana hari itu adalah hari yang memang takkan ana boleh lupakan..apakah hari itu???^_^ HARI IMTIHAN NIHAYAH MUSTAWA 4!!=0..huhu..hari ini lah hari yang paling kalut,dan paling menyerabutkan otak..subhanaallah...bayangkanlah,hari sebelum imtihan,ana tertidur awal, 'study' sikit2 sahaja lah..bila buka mata je, tengok-tengok dah pagi..MENAKUTKAN..rasa macam tak mahu pergi ambil exam pon ada, tetapi dah sebab teringat,takut2 kena marah sebab ponteng kelas, ana gagahkan kaki melangkah menuju ke kelas..

Berjalan kaki mengambil masa 15 minit dari rumah, bila dah sampai di markaz, tangan pula tak 'berfungsi'..ana ni memang kalau buat kerja 'kalut2',memang tangan automatic,tak boleh berfungsi,otak ni pon tak 'berjalan'..fiuh..tiba-tiba!!"ASSALAMUALAIKUM..kaifa halukunna ya banat?? yaallah,sanabda-u imtihan annihayah li mustawar rabia'(4)al-aann.."ALAMAK!TIDAK..!!!

Bismillahirrahmanirrahim...................

-"soalan apa ni??"
-"kenapa cikgu tanya soalan i'rab ni?"
-"cikgu,saya 'hantam' boleh tak?"
-"fiuh..nasib baik ada benda dalam otak utk ditulis..jangan tinggal jawapan kosong cukuplah.."
-"CIKGU,saya dah habis dah jawab!!"(excited sangat selepas bagi kertas imtihan pada ustazah..fiuh..alhamdulillah..)


KHALASTU!!!

Alhamdulillah ..ustazah kata hari Sabtu ni masuk mustawa 5!!alhamdulillah!!baru hantar paper,dah dapat masuk mustawa 5,alhamdulillah..

terima kasih ustazah..ustazah semak kertas imtihan ana elok2 yer..maaf la kalau ana ada buat kesalahan..(memang pon..sebenarnya,ana dah semak sendiri,ada yang salah dah)huhu.."ma'ziratan ya ustazah"(terima tak maaf saya ustazah??erk..hihihi)

Doakan ye untuk ana, kawan2..sama-sama lah kita berdoa untuk kebaikan dan kejayaan kita bersama..semoga kita dapat mengunggulkan lagi persada seni di tanah air kita mahupun di serata dunia!!


=)!!CHAIYOK2 MY FRIENDS!!=)
^_^


P/S:semoga dapat apa yang kita inginkan dengan keredhaanMU..amin..=)

Sabtu, 7 Ogos 2010

cUtIkU dI mArKaS niL(kelas bahasa arab)

27/7/2010, tarikh yang amat menakutkan dan ditunggu-tunggu selama ini..inilah kali pertama ana mengambil exam setelah sekian lama ana meninggalkan alat-alat tulis dan buku-buku..^_^


JOM KITA PERGI AMBIL EXAM..!

Ana pergi mengambil exam(tahdid mustawa) di markas lughah yang dinamakan sebagai "markaz an-nil"ditemani dengan dua puteri, Amirah Aliah & Amirah Effah, yang di import kan dari negeri Johor Darul Takzim.. Mereka berdua adalah puteri anak pegawai Johor, Ustaz Hanif, seorang yang periang dan menghiburkan..


Ketika sedang asyik 'memerah otak', memikirkan jawapan pada soalan2 yang diberi, tiba-tiba datang seorang guru yang ana gelarkan ustazah Syaimak, ustazah yang dikenali dengan garangnya itu masuk ke dalam bilik exam bersama rakan-rakannya.. apalagi yang mereka lakukan selain bersembang, kemudian gelak, kemudian sembang2 dan terus gelak..huuuhh..subhanaallah..sabar sahaja lah ana waktu itu,sudah la ana tengah buat soalan 'i'rab hazal jumal'.. pikir punya pikir, alhamdulillah, akhirnya dapat juga ana habiskan soalan2nya sampai mustawas sabii'.


Kemudian ana,Aliah dan Effah terus menghantarkan soalan2 itu, tak sabar nak tahu apa keputusannya.. Kebetulan ketika itu, hanya ustazah Syaimak dan seorang kerani markaz, jadi kertas kami bertiga diperiksa oleh ustazah Syaimak itu.. kertas pertama yang diperiksanya adalah kertas Effah.. baru sahaja selak-menyelak kertas dy,sudah geleng2kan kepala,belum diperiksa dengan teliti lagi..Effah yang tak faham apa yang dimaksudkan hanya berdiam bagaikan tunggul..^_^.. Selepas itu,dia bertanya kepada kami semua,dahulunya tawaqquf (berhenti) pada mustwa berapa,kemudian Aliah mengatakan bahawa mereka dua beradik dahulunya tawaqquf di mustawa sadiis dan ana tawaqquf di mustawal khamiis.. Dipendekkan cerita, ustazah Syaimak pon memberi kami semua berada di dalam satu kelas iaitu mustawar rabii' (kelas yang ke 4).


Semua kawan-kawan dalam kelas itu amat ramah dan menghiburkan.. Terdiri dari 6 orang dari Malaysia, seorang dari Indonesia, 4 orang dari Thailand, dan tak lupa juga pada 2 orang kawan ana yg sudah pun mendirikan rumahtangga, kak Ardhatul dari Qaziqistan, dan kak Nazirah dari Turjikistan..

Agak lama juga ana tidak merasakan suasana dalam kelas..tetapi bila berada dalam kelas itu bersama kawan2,terasa bagaikan wujudnya satu semangat yang membara-bara di jiwa ini..^_^
satu bulan satu mustawa,itu bermakna,setiap 2 minggu pasti ada nisfu imtihan..


Ana dan kawan2 yang lain baru sahaja mengambil nisfu imtihan baru-baru ini.. Alhamdulillah, soalan-soalannya tidak lah susah, semuanya terkandung dalam buku teks.. kena ingat, usaha, buat yang terbaik dalam imtihan dan percaya pada diri & takdir.. Insyaallah,ALLAH akan tolong setiap hambanya yang selalu mengingatiNYA tak kira ketika susah ataupun senang.. Semoga ana dan kawan-kawan dapat keputusan yang MEMBERANSANGKAN..!hihihi^_^.. Insyaallah, Biiznillah...

Bittaufiq wan najah ya kawan-kawanku tak kira lah dalam apa sahaja yang kalian lakukan.. Dan ingat,setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Jika kita dapat hasil yang baik dari apa yang kita lakukan, just said ALHAMDULILLAH..tetapi jika dapat hasil yang tidak kita inginkan,sememangnya ALLAH ingin memberi lebih baik dari apa yang kita harapkan..just believe to HIM, & tawakkaltu 'ala allah..ingat,LA TAHZAN YA UKHTI,INNA ALLAHA MAA'NA..^_^


Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana masih memberi peluang untuk ana dan rakan2 dalam mencari ilmu tanpa mengira letih dan jemu.. Semoga ALLAH memanjangkan umur kita di dunia yang fana ini untuk terus dan terus mencari ILMU DUNIAWI mahupun AKHIRAT..Amin..

p/s:"اطلب العلم من المهد إلى اللحد"



Jumaat, 25 Jun 2010

Nostalgia bersama kawan-kawan ku..









BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sentiasa setia mengikuti blog ana ... Semoga kalian semua di bawah kredhaan-NYA. Rindu di hati ini telah ber'takung' setelah sekian lama kita tidak bersua di ruangan ini...sibuk dengan imtihan quarter 4,menyebabkan ana tidak sempat untuk bersua dengan antum semua.

Detik bersama kawan-kawan arab di sekolah merupakan satu KENANGAN yang sangat indah yang tak kan ana lupakan..Mereka memberi peluang untuk ana mengenali satu pengalaman pabila bersama mereka..Bergaduh,bergembira dan gelak tawa mereka masih terngiang-ngiang di telinga ana..jauh sekali kalau ingin dibandingkan 'biah' dan sikap mereka dengan rakan-rakan di Malaysia..Sesungguhnya pengalaman itu benar-benar menyedarkan ana bahawa ALLAH Subhanahu wa Taa'la menciptakan pelbagai jenis manusia di alam yang penuh rahamt dan barakah ini..

SALAHALDIN INTERNATIONAL SCHOOL,sekolah pertama yang memang memberi kelainan pada diri ana dari segi suasana mahupun cara pembelajarannya.. Guru-guru yang mempunyai kredibiliti untuk mencorak anak-anak bangsa yang semakin lalai dengan tanggungjawab mereka untuk menjadi rakyat yang berguna pada negara,rakan-rakan yang tidak pernah kenal erti jemu untuk lebih menggali ilmu-ilmu yang masih tersembunyi di dunia yang terkenal dengan ulama2 yang semestinya kaya dengan ilmunya..




Biarpun diri ini tidak pergi ke sekolah lagi, tidak bererti ana 'meninggalnya'.,tidak bererti juga membiarkan segala ilmu terbang begitu sahaja, dan tidak bererti ana melupakan guru2 dan rakan2 semua..Bayangan sekolah tetap menjadi permainan di minda ..Tidak ada masa yang lebih bagus dari berada di sekolah bersama rakan2 mengutip ilmu bersama,mencorak hidup untuk lebih sempurna..Semoga masa akan mempertemukan kita semula..AMIN..

Ahad, 6 Jun 2010

Wahai Kakak-kakak Kesayanganku~~!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca yang ana hormati..Semoga kita dirahmati dan diberkati Allah selalu hendaknya.. Masa terus berlalu,sedar tak sedar,ana sudah lama berada di bumi anbiyaa ini..Alhamdulillah,segala perkara yang berlaku di sini seperti telah teratur buat ana.. Sesungguhnya setiap perkara pasti ada hikmahnya,hikmah yang amat mendalam dan bermakna..=)

Ana sungguh bertuah kerana berpeluang mengenali mahasiswi2 azhar yang tidak pernah 'kering' ilmunya di dada mahupun lidah yang sentiasa dibasahi dengan zikrullah...merekalah harapan keluarga,agama,dan negara!!Semoga cita-cita mereka untuk merealisasikan impian semua pihak termakbul dek usaha yang gigih dan linangan air mata seorang muslimah pada tahajjudnya..AMIN..

jasamu akan ku kenang!!bahibbik ya ukhti!!

semoga berjaya ya semua!!

Terima kasih buat 'kakak-kakak' yang tidak mengira masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama ana..hanya doa yang mampu ana berikan agar kalian semua najah dalam imtihan di dunia mahupun di akhirat kelak..
siap ade yang sanggup belikan hadiah untuk
~ana~=D

Wahai 'kakak-kakak'ku..
Akan ku pegang kata-katamu________

Terbang tinggi burung tempua,
Membuat sarang di pohon redup,
Carilah ilmu di mana jua,
Buat pegangan seumur hidup..
******
Dua sahabat saling bertemu,
Hujan turun memakai payung,
Jika kita tidak berilmu,
Umpama sampan tidak berdayung..
*******


Itulah serba sedikit nasihat yang diberikan oleh 'kak2'kesayanganku..

p/s: Bittaufiq wan najah fil imtihan fid dunya wal akhirah.. ya ukhawaati..AMINN..!!

SALAM PERSAUDARAAN DARI ANA-BINTUYUSOFF=)