Rabu, 15 Disember 2010

Bacalah Jika Ingin Mengetahuinya!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..~~

Assalamualaikum semua!!sihat kaa??kali ini,ana nak kongsi cerita-cerita yang 'best!!' dan insyaallah,sama-sama kita mengorek hikmahnyaa..
CERITA PERTAMA
~ALQURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT~

Abu Umamah r.a berkata:"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran."

Telah bersabda Rasulullah S.AW:"Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu, orang sangat memerlukannya.."

Ia akan datang seindah-indahnya dan ia bertanya,"kenalkah kamu kepadaku?", maka orang yang pernah membaca akan menjawab:"siapakah kamu?", maka berkata Al-Quran:"akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.", kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu:"adakah kamu Al-Quran?", lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:'dari manakah kami memperolehi ini semua,padahal amal kami tidak sammpai ini??"lalu dijawab:"kamu diberi ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.."
CERITA KEDUA
~KISAH LIMA PERKARA ANEH~

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yanng menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu ppagi menghala ke barat. engkau dikehendaki berbuat,pertama, apa yang engkau lihat(hadapi), maka makanlah, kedua, engkau sembunyikan, ketiga, engkau terimalah, keempat, jangan engkau putuskan harapan, yang kelima, larilah engkau daripadanya.."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata:"aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi ittu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu.dia pun mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH..

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. maka berkatalah Nabi itu,"aku telah melaksanakan periintahmu.", lau dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam..

Ketika dia sedang berjalan,tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,"wahai nabi Allah,tolonglah aku.."mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lallu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. melihat keaadan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata,"wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.."Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotonng sedikit isi daging pahanya dan diberikan kepada helang itu. setelah mendapat daging itu, helang itu pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya..

Selepas kejadian itu, nabi meneruskan perjalanannya. tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi itu ke rumahnya. pada malam itu, Nabi itu pun berdoa. dalam doanya dia berkata,"ya Allah,aku telah pun melaksanakan perintahMU sebagaimana yang diberitahu didalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa,"yang pertama engkau makan itu MARAH. pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapatt mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu..,kedua, semua amal kebaikan(budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.kelima,bau yang busuk itu ialah GHIBAH(MENCERITAKAN HAL SESEORANG). maka larilah dari orang-orang yang sedang berkumpul membuat GHIBAH."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mangata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti, seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. lalu dia bertanya,"wahai Allah,sesungguhnya pahala yang Engkau berikain ini,tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." maka berkata Allah S.W.T,"ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia BENAR..!

=)OK lah..nanti pulaklah ana tulis panjang2 sikit..laptop dah nak terpadam sebab bateri semakin berkurang!!so..sebelum ia berkurang dan terus terpadam..ana minta diri dulu lah yer..insyaallah,bi iznillah,kita jumpa lagi yaa..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan