Jumaat, 25 Jun 2010

Nostalgia bersama kawan-kawan ku..









BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sentiasa setia mengikuti blog ana ... Semoga kalian semua di bawah kredhaan-NYA. Rindu di hati ini telah ber'takung' setelah sekian lama kita tidak bersua di ruangan ini...sibuk dengan imtihan quarter 4,menyebabkan ana tidak sempat untuk bersua dengan antum semua.

Detik bersama kawan-kawan arab di sekolah merupakan satu KENANGAN yang sangat indah yang tak kan ana lupakan..Mereka memberi peluang untuk ana mengenali satu pengalaman pabila bersama mereka..Bergaduh,bergembira dan gelak tawa mereka masih terngiang-ngiang di telinga ana..jauh sekali kalau ingin dibandingkan 'biah' dan sikap mereka dengan rakan-rakan di Malaysia..Sesungguhnya pengalaman itu benar-benar menyedarkan ana bahawa ALLAH Subhanahu wa Taa'la menciptakan pelbagai jenis manusia di alam yang penuh rahamt dan barakah ini..

SALAHALDIN INTERNATIONAL SCHOOL,sekolah pertama yang memang memberi kelainan pada diri ana dari segi suasana mahupun cara pembelajarannya.. Guru-guru yang mempunyai kredibiliti untuk mencorak anak-anak bangsa yang semakin lalai dengan tanggungjawab mereka untuk menjadi rakyat yang berguna pada negara,rakan-rakan yang tidak pernah kenal erti jemu untuk lebih menggali ilmu-ilmu yang masih tersembunyi di dunia yang terkenal dengan ulama2 yang semestinya kaya dengan ilmunya..




Biarpun diri ini tidak pergi ke sekolah lagi, tidak bererti ana 'meninggalnya'.,tidak bererti juga membiarkan segala ilmu terbang begitu sahaja, dan tidak bererti ana melupakan guru2 dan rakan2 semua..Bayangan sekolah tetap menjadi permainan di minda ..Tidak ada masa yang lebih bagus dari berada di sekolah bersama rakan2 mengutip ilmu bersama,mencorak hidup untuk lebih sempurna..Semoga masa akan mempertemukan kita semula..AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan